aku menjejak langkah
ke sebuah arah
tak pernah ku tahu
tempat apakah
yang pasti
ini rumah ilmuku .
bertahun ku mengabadikan diri
di rumah ilmu ini
menggamit pelbagai rasa
sedih , benci , takut , sukar
sekian lama melabuhkan memori
akhirnya menjadi
gembira , suka , seronok , sayang
malah cinta !
indahnya rumah ilmuku .
menjaga diriku
menerapkan agamaNya
mengikatkan ukhwah
memelihara maruah
memperjuangkan bai'ah
cintanya aku pada rumah ilmuku .
setiap detik kepayahan , sentiasa ada kesenangan
setiap saat keperihan , sentiasa ada kemudahan
setiap masa kesedihan , sentiasa ada keseronokan
rumah ilmuku syurgaku .
orang - orang di rumah ilmuku
akan ku ingat sentiasa
menjagaku saat sakit
mendengar kata keluhanku
menasihati saat kelalaian
bersama ketika susah dan senang
tapi Allah lebih tahu ,,
aku terpaksa meninggalkan rumah ilmuku
melepaskan saudara rumah ilmuku
memijak tanah berbeza
kerana Dia lebih tahu ...
kini ,
aku melepaskan rindu
yang menyesakkan dadaku
hanya untuk rumah ilmuku
betapa aku ingin lagi ke sana
ke rumah ilmuku ...
sedalam mana ku cinta ilmu
sejauh itulah cintaku pada rumah ilmuku
terima kasih warga rumah ilmuku
memperjuang Islam bersama
mengajar ilmu yang sangat dituntut
menjaga kesucian rumah ilmuku
pertemuanku dengan mu
menjanjikan perpisahan
aku tidak akan bisa lupa
rumah ilmuku
berharap
engkau juga sama
teruskanlah perjuanganmu
rumah ilmuku
melahirkan insan yang syamil
dunya wa akhirat
aminn .
rumah ilmu itu syurgaku ~
picture credits : google :)
muslimah aafiyah , 26/2/2012 , 4.50 a.m
Maal salamah ,, almadrasah assanawiyyah alwathoniyyah addiniyyah sik biwilayati sik , qodah . :')
[ SMKASik : SMK Agama Sik ] Sik , Kedah .