Isnin, 1 Ogos 2011

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar 

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 

Renungan Hadis

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Ahad, 5 Jun 2011

Tautkanlah Hatimu .

Assalamualaikum .

Pada kesempatan ini , alhamdulillah ada masa terluang untuk meneruskan dakwah dalam dunia cyber ini . insyaAllah pada kali ini ,ana akan menghuraikan sedikit tentang sebuah novel yang bertajuk Tautan Hati oleh Fatimah Syarha .

Walaupun novel ini sudah lama berada di pasaran tetapi ana baru sahaja selesai membacanya . Masih belum terlambat untuk membaca sesuatu yang amat bermanfaat bagi kita . Membacanya membuatkan ana berasa insaf . Ilmu agama di dalam novel itu amat ditekankan . Ia menekankan kepentingan dan keutamaan cinta Allah dan betapa pentingnya halaqoh dalam kehidupan seseorang muslim .

nama2 y dgunakan sungguh indah untuk ditatap . contohnya , Imtisal , Asiah Yusra , Elya Khadeeja , Layyinul Harir dll . x ketinggalan juga bagi para muslimin ,, Umar - Al Mujahid , Al-Banna dll .

Novel ini merupakan suatu dakwah yang afdhal bagi ana . Jadi , buat muslimat serta muslimin ,dapatkanlah buku ini segera . amat rugi jika tidak membacanya . dan pada yang baca , manfaatkanlah kembali ilmu yang dipelajari dalam buku itu . ana pun insyaAllah akan cuba mempraktikkannya dengan baik .

Setakat ini dahulu . illal liqa' wa ma'al salamah . assalamualaikum w.b.t .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...