Khamis, 24 Jun 2010

Diari Anak Palestin Itu

Saban malam dia mencatat dalam diarinya,
Dia mencatat saat peluru melepasi jendelanya,
Dia mencatat saat tentera Israel meragut nyawa ibunya,
Dia mencatat kekejaman yang disaksikan dua matanya,
Mimpi ngeri tentang kemusnahan dan api yang menyala-nyala,

Si gadis kecil Palestin itu,
Saban malam mencatat dalam diarinya tanpa jemu,
Untuk meringankan penderitaan yang dihadapinya selalu,
Dia mengikis ketakutan,
Serta mimpi ngeri yang mengganggu,
Si gadis kecil pelestin itu dengan pena masih di jari,
Di kamarnya terbujur kaku,
Ankara Israel meranapkan rumahnya,

Kini dia terbaring di pusara,
Dilupai,
Persis kewujudannya tidak pernah dirasai,
Tetapi catatan diarinya akan terus membara,
Kesengsaraan dalam jiwa setiap anak Palestin,

Kini di atas pusaranya,
kanak-kanak Israel menari-nari,
dan menyanyi tanpa risau akan esok hari,
Di situlah si gadis kecil di rampas rumahnya,
Tanpa belas ehsan,
Yang tinggal hanyalah keluarganya sebagai pelarian,

Tetapi kita terus menyokong Israel,
Dengan 10 juta dollar sehari kita hulurkan kepadanya,
Dan kita terus berkata,
Manusia diciptakan sama,
Tetapi kepada Israel kita terus memberi,
10 juta dollar saban hari.
-ikim.fm-

Puisi ini pernah dipedengarkan di ikim.fm... btpa trhrunya, btpa sdihnya ana mendgr sjak ini...mmg kta x ada cra ntuk mmbn2 ttpi ckuplah dgn doa y mnghrpkn keselamatan palestin...tlonglah doakn ntuk saudra Islam kta d Palestin......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...