Sabtu, 11 Disember 2010

Catatan Hati Perindu Kekasih Allah ..

Wahai Kekasih Allah ,,

                                    Aku malu pada dirimu, aku teramat malu pada dirimu yang sungguh sempurna itu. Sesungguhnya aku telah banyak melawan kata-katamu , astaghfirullah . Maafkanlah umatmu ini kekasih Tuhanku.
                                  Aku telah memerhati diriku dan muslimah di luar sana, telah banyak cara kami yang lari daripada ajaranmu, aku sedar akan kesalahanku, bantulah aku kembali ke jalan Tuhan kita .
                                  
                                 Kau pergi meninggalkan dunia saat aku masih belum dilahirkan malah dari sebelum ibuku juga dilahirkan. Ya Rasulullah, betapa malangnya aku kerada di saat aku pertama kali membuka mata, kau telah tiada. Aku menangis dan terus menangis.

                               Sehingga kini aku merinduimu, tiada siapa akan sangka bahawa aku adalah salah seorang dari perindumu, pencintamu !! Mengapa aku mengalami kekeliruan dalam personalitiku ?? Kenapa aku tidak boleh memilih untuk hanya menjadi hamba Allah yang taat ?? Aku sedih, aku sedih, Nabiku ..

Ya Utusan Allah,,
                            Alangkah beruntungnya aku kerana Allah hidupkan aku di dunia ini dengan akal yang sempurna. Tetapi betapa beruntungnya aku jika aku dilahirkan di dunia hanyalah untuk beribadat kepada Allah dan bergantung hidup semata-mata kepada Allah ..... 
   
                           Maafkanlah umatmu ini, dan terimalah selawatku kepadamu dan semoga kau sudi memberi syafaatmu kepadaku di akhirat kelak. Amin ..

perindu kekasih Allah,
Aida ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...